July 1, 2008
Uncategorized
4 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua usahawan-usahawan eBay. Artikel kali ini saya ingin berkongsi maklumat dan pandangan kepada anda kepentingan watermark kepada perniagaan anda khususnya di eBay. Mungkin ada yang kurang faham apakah yang dimaksudkan dengan perkataan “Watermark”. Watermark, kalau dalam bahasa yang mudah difahami ianya adalah cop, label atau tanda kepada gambar produk anda yang membawa maksudkan gambar produk yang anda labelkan tersebut adalah kepunyaan anda dan jika ada mana-mana individu yang cuba untuk menggunakan gambar produk anda yang mempunyai watermark di eBay, maka anda boleh melaporkannya terus kepada pihak eBay.
Penggunaan watermark adalah sangat penting kerana ianya boleh mengelakkan gambar produk anda disalahgunakan untuk tujuan yang lain. Jika anda tidak menggunakan watermark kepada gambar produk anda, kemungkinan besar gambar produk anda akan digunakan sesuka hati oleh pembeli ataupun penjual lain di eBay. Selain itu, penggunaan watermark akan menambahkan lagi krediabiliti anda di eBay sebagai penjual yang mengutamakan standard penjagaan produk.
Bagaimana membuat watermark? senang jer, jika anda mahir menggunakan mana-mana perisian grafik (paling senang adobe photoshop) anda boleh meletakkan apa-apa jua nama yang anda rasakan perlu diatas gambar produk anda. Kebiasaannya ramai penjual akan meletakkan nama kedai ataupun laman web berkaitan gambar produk tersebut.
Kesimpulannya, janganlah sekali-kali anda mengabaikan penggunaan watermark terhadap gambar produk anda, ini kerana penggunaan watermark mampu menghalang penjual lain di eBay menggunakan gambar produk anda dengan sesuka hati. Semoga panduan ini memberi manafaat yang berguna kepada anda sebagai usahawan-usahawan aktif di eBay. Selamat berbisnes!.

June 2, 2008
Uncategorized
6 Comments
Pada petang semalam selepas bermain boling di Ampang Superbowls (Ampang Point), saya singgah sekejap dan berjalan-jalan di kedai Buku Popular terjumpa pula saya senaskah buku berkaitan eBay yang bertajuk BUKU RAHSIA BUAT DUIT DENGAN EBAY.Buku ini telah ditulis oleh Azahar Abdul Rahman.
Buku ini sangat bagus kerana anda boleh ikuti langkah demi langkah bagaimana memulakan bisnes internet tanpa perlu membina laman web. Setiap hari pengguna internet di peringkat global semakin bertambah dari segi idea dan pengetahuan mengenai bisnes internet khususnya eBay yang menawarkan perkhidmatan produk-produk lelongan.
Bahagian pertama buku ini BAGAIMANA MEMULAKAN PERNIAGAAN INTERNET ANDA, dalam bahagian ini sahaja mempunyai 3 bab antaranya pengenalan, menceburi perniagaan internet dan langkah memulakan perniagaan internet.
Bahagian kedua buku ini RAHSIA BAGAIMANA MENJANA PENDAPATAN MELALUI INTERNET, dalam bahagian ini sahaja mempunyai 31 bab antaranya bagaimana mendaftar eBay, maklumat kad kredit, cara pembayaran, startegi jualan di internet, lelongan berganda dan banyak lagi.
Bahagian ketiga buku ini PENUTUP, dalam bahagian ini banyak tips mengenai eBay antaranya menyediakan jadual kerja anda, tips kejayaan dan lain-lain menjana pendapatan tanpa laman web.
Kesimpulannya, buku ini sangat bagus bagi anda yang ingin mencuba perniagaan eBay dan kepada yang memang menjalankan perniagaan ini (eBay) boleh juga membelinya sebagai rujukan bagi menambahkan lagi idea serta ilmu pengetahuan mengenai bisnes ini. Selamat berbisnes!.

May 26, 2008
Uncategorized
5 Comments
Pendapatan sampingan melalui internet bukanlah sesuatu perkara yang mustahil, malah ianya telah menjadi satu trend (budaya) di zaman ini. Didalam keghairahan mencari peluang untuk mendapatkan pendapatan sampingan, ramai orang-orang baru yang mula berjinak-jinak dengan bisnes ini mula menunjukan minat untuk menjual produk di web lelongan. Persoalannya adakah anda (orang baru) sudah benar-benar bersedia untuk memberikan perkhidmatan (menjual produk) di eBay?.
Saya sering ditanya oleh orang baru di eBay sama ada didalam blog ini ataupun melalui email, rata-ratanya masih lagi samar ataupun kabur kerana terlalu banyak persoalan yang belum terjawab oleh mereka sendiri walaupun sudah mendaftarkan akaun eBay lama. Antara persoalan yang paling popular antaranya mereka tidak tahu apakah fungsi akaun Paypal kepada eBay, bagi saya kalau tak tahu fungsi akaun paypal macamana nak bisnes produk diperingkat global. Selain itu, ada pula tak tahu macamana nak aktifkan akaun ebay menggunakan Debit Kad atau Kredit Kad.
Saya selalu menasihatkan kepada orang baru di eBay supaya belajar terlebih dahulu akan tips dan panduan berkaitan bisnes eBay ini, jika tidak mungkin anda adalah salah seorang yang akan mengalami dilema ini. Dapatkan e-book dan buku-buku eBay dipasaran untuk tujuan mendalamkan lagi ilmu pengetahuan anda menjurus kepada panduan dan teknik berbisnes eBay.
Kesimpulannya, bisnes eBay memang mudah tetapi untuk melaksanakannya belum pasti semua orang boleh melakukannya dengan sempurna. Apapun untuk tidak terus dilamun dilema berkaitan bisnes ini, banyakkanlah membuat survey, kumpulkan maklumat, banyakkan baca e-book dan buku berkaitan eBay. Jika anda benar-benar sudah bersedia maka tiada masalah untuk anda mencapai kejayaan di eBay.
April 17, 2008
Uncategorized
1 Comment
Artikal kali ini saya akan membincangkan kepada anda berkaitan dengan bid item dan buy it now. Mungkin anda diluar sana sudah sedia maklum akan fungsi bid dan juga buy it now terutamannya pengunjung yang kerap kali melayari laman sesawang eBay.com.my ataupun eBay luar negara. Bagi yang pertama kali mengenali eBay mungkin pelik dan tertanya-tanya apakah fungsi bid dan buy it now tersebut…baiklah bid ialah anda membeli produk dengan cara bidaan mengikut masa yang telah ditetapkan didalam senaraian bidaan produk tersebut, manakala buy it now pula ialah anda membeli produk tersebut tanpa menunggu masa yang ditetapkan.
Ramai pembida eBay diluar sana mempunyai citarasa berlainan iaitu ada yang suka cara bid item dan ada pula yang sukakan cara buy it now. Selain daripada itu juga faktor produk semasa juga boleh mendorong pembida untuk menggunakan keduanya sekali. Apakah perbezaan antara bid dan buy it now terhadap pembida di eBay?….yup! sudah tentu ada sedikit perbezaan antara bid dan buy it now.
Perbezaan yang ketara ialah kalau membida menggunakan bid, anda terpaksa menunggu lama sehingga produk tersebut habis tempoh manakala buy it now anda tak perlu menunggu lama produk tersebut. Selain itu, dari segi harga kemungkinan besar membida melalui bid berkemungkinan besar dapat harga jauh lebih murah kerana buy it now harganya sudah ditentukan. Setelah saya mengungkai bid dan buy it now, manakah pilihan anda sama ada bid atau buy it now. Selamat menjalankan perniagaan eBay.
April 9, 2008
Uncategorized
3 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera, antara kedai online dan eBay mana satu pilihan anda?…mungkin ada yang memilih eBay dan tak kurang juga yang memilih kedai online. Bagi saya kedua-duanya kalau dapat dilakukan serentak untuk tujuan perniagaan, saya rasa tiada masalah….lagi bagus!.
Cuma konsep sahaja berbeza tetapi cara mungkin sama iaitu memberi perkhidmatan jualan kepada pelanggan. Di eBay, anda akan menjual produk mengikut masa yang telah ditetapkan oleh anda sendiri manakala kedai online tiada ketetapan masa pada sesuatu produk yang di jual. Saya lebih suka menjual produk di kedai online saya sendiri dan juga eBay. Ini kerana kedua-duanya berpontensi dengan lebih baik.
Apa itu kedai online?…dah panjang cerita baru tanya…ermmm…kedai online ialah kedai menjual pelbagai produk berasaskan shopping cart yang boleh dihasilkan melalui perisian sedia ada iaitu oscommerce, cube cart dan zen cart. Jika anda masih tertanya-tanya apakah itu kedai online…jom pi kedai online saya.
March 8, 2008
Uncategorized
1 Comment
Kali ini saya berkongsi maklumat kepada anda berkaitan cara menulis diskripsi wang kertas di eBay. Tujuan penulisan diskripsi yang baik, tepat dan efesin akan membantu memikat pelanggan anda untuk membeli wang kertas tersebut. Jika anda mengabaikan tentang penulisan diskripsi yang baik maka peluang untuk wang kertas anda dibeli sangatlah amat tipis.
Penulisan diskripsi wang kertas di eBay mestilah tepat bagi memberi gambaran awal yang jelas kepada bakal pembeli wang kertas anda. Jangan menulis diskripsi terlalu ringkas atau fakta tentang wang kertas tersebut tidak tepat. Rujuklah mana-mana buku atau banyakkan ilmu pengetahuan anda mengenai wang kertas sebelum menjualnya didalam eBay. Pembeli wang kertas di eBay kebanyakkan adalah dikalangan pembeli yang berminat mengumpul koleksi wang kertas yang sangat berilmu pengetahuan tentang wang kertas.
Beberapa kretiria yang harus diambil kira semasa menulis diskripsi wang kertas adalah seperti menulis diskripsi tahun pengeluaran wang kertas (cth:1982), siri keluaran wang kertas (cth:siri pertama), no. siri wang kertas (AA0000000), cetakan wang kertas (cth:thomas de la rue), gred wang kertas (cth:UNC), polisi penghantaran (cth:pos ekspress), cara ambil gambar wang kertas (cth: scanner atau kamera digital) dan banyak lagi yang anda harus fikirkan. Anda perlu ingat kesemua kretiria ini adalah menentukan harga wang kertas anda di pasaran eBay dan juga jumlah bilangan pembida wang kertas anda. Selamat mencuba!.
February 17, 2008
Uncategorized
11 Comments
Assalamualaikum, kali ini mari kita berkongsi maklumat berkaitan buat duit dengan duit di eBay. Buat duit yang saya maksudkan disini ialah anda menjual wang kertas atau duit syiling di eBay. Wang kertas dan duit syiling mempunyai keunikannya tersendiri, hanya mereka yang berminat untuk mengumpulkannya mampu menilai serta meniliti keunikannya.
Jika anda berminat untuk menjual wang kertas dan duit syiling, pastikan anda mempunyai ilmu berkaitannya. Ini termasuklah berkemahiran mengenalpasti nilaian semasa wang kertas dan duit syiling. Terdapat banyak buku-buku berkaitan wang kertas dan wang syiling di pasaran.
Wang kertas dan duit syiling mempunyai nilaian atau harga yang tidak tetap, ini adalah kerana ianya bergantung kepada tarikh ianya dikeluarkan (makin lama makin mahal), kualiti (harga bergantung kepada grednya), pengeluaran terhad (sukar didapati), kesilapan teknikal (terdapat kerosakkan semasa cetakan) dan sebagainya lagi.
Kesimpulannya, jika anda mahu menjual wang kertas atau duit syiling di eBay, perkara paling penting adalah pengetahuan mengenainya. Wang kertas dan duit syiling mampu mendatangkan keuntungan kepada anda jika anda benar-benar berminat menjualnya. Untuk mendapatkan wang kertas dan duit syiling, terdapat banyak collector-collector yang menjualkannya kepada anda. Berkunjung sahaja pada setiap hari Sabtu dan Ahad di Amp Corp Mall, disitu anda mempunyai pilihan untuk mendapatkan berbagai koleksi wang kertas dan duit syiling. Selain daripada itu, anda juga boleh mendapatkannya di Maju Junction dan Pertama Kompleks. Selamat mencuba!.
January 21, 2008
Uncategorized
11 Comments
Saya sudah membeli ebook yang bertajuk eBay Menjana Pendapatan Lumayan yang telah diterbitkan oleh En. Noorizam Shah. Ebook ini sangat bagus sekali untuk anda miliki kerana banyak terdapat panduan, tips dan teknik yang sangat meluas telah diterangkan berkaitan perniagaan eBay melalui ebook ini. Terus terang saya katakan disini kepada anda bahawa ebook ini bukan sahaja sesuai dibaca kepada anda yang berstatus”newbie” tetapi amat sesuai juga kepada otai-otai eBay bagi menambahkan ilmu pengetahuan melalui ebook ini.
Saya juga seorang penulis eBay melalui blog saya sekarang ini, tetapi inilah baru pertama kali saya sangat berpuashati dengan terbitnya ebook ini yang ditulis En. Noorizam Shah 100% Bahasa Malaysia, kandungannya padat, penulisan secara real hands-on serta urutan panduan dan teknik eBay mengikut kronologi. Kepada yang ingin belajar mengenai eBay, inilah peluang terbaik untuk anda memilikinya.Jangan lepaskan peluang anda untuk memiliki senaskah ebook eBay Menjana Pendapatan Lumayan ini dengan harga yang sangat berpatutan.
January 21, 2008
Uncategorized
No Comments
Perniagaan sama ada konvensional ataupun online tidak terlepas daripada segala bentuk penipuan. Ini termasuklah juga perniagaan berasaskan lelongan iaitu eBay. Artikel kali ini saya akan berkongsi maklumat kepada anda panduan untuk mengelakkan diri anda daripada penipuan penjual di eBay. Berikut adalah beberapa tips dan panduan yang boleh anda ikuti sebagai garis panduan, antaranya ialah:
- Profil Penjual : Sebelum anda membeli sesuatu produk daripada seseorang penjual, maka seharusnya terlebih dahulu anda menyemak akan status penjual tersebut dengan meliputi aspek seperti jumlah komen (Feedback) pembeli, Peratusan rating (+Positif) pembeli dan juga jumlah pembeli yang memberikan rating (-Negatif). Semua ini harus anda ambilkira dan teliti terlebih dahulu sebelum anda membeli barangan daripadanya.
- Hubungi Penjual: Jika anda ada sebarang kemusykilan tentang barangan yang hendak dibeli daripada penjual, terlebih dahulu anda mestilah menghubungi penjual tersebut untuk mendapatkan kepastian. Ini termasuklah cara pembayaran, penghantaran dan apa jua yang anda rasakan perlu untuk kepentingan anda.
- Akaun Penjual: Apabila anda sudah menerima maklumat tentang akaun bank daripada penjual, jangan sekali-kali anda terus memasukkan wang pembayaran tersebut, periksalah terlebih dahulu akan status akaun bank penjual tersebut iaitu pastikan nama penuh dan nombor akaun penjual sama seperti yang terkandung didalam akaun bank tersebut. Ini bertujuan supaya anda tidak tertipu daripada penjual yang cuba menggunakan beberapa akaun bank yang berlainan daripada maklumat sebenarnya akaun bank penjual tersebut.
- Promosi Penjual: Jangan sekali-kali anda membeli barangan penjual yang menjual dengan promosi harga yang jauh lebih murah daripada harga sepatutnya. Jauh lebih murah yang saya maksudkan disini ialah barangan yang bernilai tinggi tetapi dijual dengan harga murah yang sukar untuk dipercayai. Tambahan pula barangan tersebut dijual dengan belian segera (Buy It Now). Berhati-hati kemungkinan besar apabila anda membeli barangan ini, maka penjual akan mengambil wang anda tanpa menghantar barangan tersebut kepada anda.
Kesimpulannya, jika anda sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati setiap masa, maka tidak mustahil sedikit sebanyak boleh membantu dan mengelakkan diri anda daripada sebarang penipuan. Sekian, selamat mencuba dan mengamalkannya.
January 5, 2008
Uncategorized
7 Comments
Idea yang bernas pada kebiasaannya akan melahirkan pemikiran dan percaturan strategi bisnes yang baik. Untuk menghasilkan idea serta minda ketahap yang baik didalam melakukan bisnes, hendaklah sentiasa melatih minda anda dengan memperbanyakkan membaca dan mempelajari berbagai-bagai teknik serta panduan mengenai bisnes yang betul.Produk yang banyak tidak akan menjanjikan anda boleh menjualnya dengan sekalip mata ataupun mendapat rating yang tinggi di eBay. Untuk mendapat rating jualan yang tinggi sudah pasti anda tahu mengenalpasti tentang produk yang hendak anda jual di eBay. Pembeli diluar sana lebih bijak memilih produk seperti yang anda jangkakan.Idea dan produk harus bersatu didalam bisnes di eBay. Jika produk sudah ada, idea harus memainkan peranan penting bagaimana cara untuk memasarkan produk anda. Kesimpulannya, jika anda sudah menguasai ilmu ini, insyallah anda boleh memaksimumkan jualan produk anda di eBay. Selamat mencuba.